♥ follower

Rabu, 23 Februari 2011

GOSIP: Jimmy Shanley Dan Isteri Ke Mahkamah 8 Mac

da lame tak update BLOG.. jom la layan cerita2 artis sikit.... tak tau la nak kate gosip atau true story.. layan kan ajee...
PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh difahamkan akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 8 Mac depan berhubung permohonan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.
Sumber memberitahu mStar Online, kes tersebut pada awalnya ditetapkan untuk sebutan pada Selasa (hari ini), tetapi terpaksa ditunda kepada tarikh lain ekoran ketiadaan hakim.
Turut difahamkan, permohonan itu difailkan sendiri oleh pengacara Trek Selebriti tersebut pada awal tahun ini.
Kemelut rumah tangga Jimmy Shanley, 31, mula diperkatakan selepas sebuah akhbar tabloid pada 11 November lalu, melaporkan Jimmy tidak menyangkal perkahwinannya sedang bergelora.
Bagaimanapun, pada keesokan harinya pula, Jimmy yang dihubungi oleh mStar Onlinemenafikan berita tersebut dan menyifatkanya sebagai gosip semata-mata.
Jimmy turut memberitahu, mereka masih dalam keadaan berbulan madu dan Nursuhaila Eliani, 25, telah disahkan mengandung empat minggu.
Pada 11 Januari lalu, kelibat Jimmy yang dilihat di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sekali lagi menimbulkan spekulasi mengenai rumah tangganya yang dikatakan semakin rapuh.
Bagaimanapun, Jimmy menerusi kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berkata, dia tidak dapat memberi sebarang komen kerana mahu menjaga hati keluarga mertua dan pihak-pihak tertentu berhubung perkara terbabit. Beliau juga mengharapkan semua peminat dan orang ramai dapat berdoa agar perkahwinan mereka itu akan terus kukuh dan kekal buat selama-lamanya.
cantik pulak tengok warna bju dorg nie ekk..huhu
bole jd tema raye tahun nie nmpak nye..huhu

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, Selangor dengan hantaran sebanyak RM31,186, bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi pula diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
kredit to mStar..

1 pengkritik hebat:

mamyharraz berkata...

hmm apalah agaknya masalah si hensem ni kannn :(