♥ follower

Sabtu, 22 Januari 2011

filem: sinopsis khurafat


posterkhurafat Sinopsis Filem Khurafat

tak sabo rasenye nak tgk cite seram nie.. dgr feed back kate nye filem terseram kat malaysia.. tgk melodi aritu terjerit2 dorg tgk tayangan pertama cite tu.. lelaki pun duk menjerat..isshh isshhh bayangkan betapa seram nye cite tu... sy ok je tgk cite2 seram nie coz my hubby ade kat sebelah.. bole la duk menyorok nyorok belakang bahu die nanti...huhu

ari nie check ticket kat gsc da full, nak tgk kat tgv jusco seremban cam tak best pulak coz jusco seremban sangat la tak best kalau nak jalan2... try tgk kat mines pulak la..hope ade la seat untuk ktorg berdua...

jom kite bace skit sinopsis cite nie:

“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

khurafat Sinopsis Filem Khurafat

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

suspen kan...???? jom kite p tgk...


credit to: blog ini


4 pengkritik hebat:

missz feeqa berkata...

heheh..sy dh tgk..best..ni 1st time sy tgk cter seram melayu..boleh la tahan takutnyer..

Tanpa Nama berkata...

I love emmaazwin.blogspot.com! Here I always find a lot of helpful information for myself. Thanks you for your work.
Webmaster of http://loveepicentre.com and http://movieszone.eu
Best regards

~emma~ berkata...

missz feeqa: kak emma da p tgk mlm sbtu aritu..huhu seeeraaammm... tekejut2 den..sakit jantung

~emma~ berkata...

Tanpa Nama berkata: welcome ♥