♥ follower

Isnin, 7 Mac 2011

FILEM: hikayat merong mahawangsa





mcm tertarik je nak tgk filem tebitan KRU studio sdn.bhd. nie.. dgrnye filem melayu termahal dgn kos melibatkan 6.82 juta... haaa ambikkk mahal kan..??? filem nie sure la cerita sejarah dan peperangan.. tgk preview cam menarik jer..ala2 cite perang omputih.... 

jom bace sinopsis filem nie skit...


bermula sekitar tahun 120 apabila Empayar Rom dibawah pemerintahan Hadrian manakala Dinasti Han di negara China sedang memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

 Hikayat Merong Mahawangsa dibintangi oleh Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert, Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato’ Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida, Kuswadinata, Mano Maniam dan Ravi Sunderlingam.

yang paling menarik untuk filem nie sudah semesti ost filem nie..huhu
bole buat gua cairr woooo...



abg nuar nyanyi skit..huhu

harap2 filem nie dapat sambutan.. coz org malaysia nie kureng sikit kalau cerita2 yg serius cam nie... saya lah salah sorg nye..huhu


0 pengkritik hebat: