♥ follower

Selasa, 8 Mac 2011

Mia Sara si permata yang bersinar




salam semua..
pagi2 lagi da bace surat khabar cerita psl si cute meyut nie... sape lg kalau bukan pelakon cilik malaysia MIA SARA...
sesape yg tak bace lg surat khabar utusan arini... jom bace kat sini...


KALAU disebut pelakon cilik yang paling popular dan dikenali ramai waktu ini, tanpa ragu nama Mia Sara pasti akan terpacul dari bibir.
Kenyataan itu memang ada benarnya kerana kalau diperhatikan ketika ini, tiada pelakon kanak-kanak yang dilihat begitu menyerlah dan popular dalam sekelip mata seperti mana yang dikecapi oleh Mia Sara atau nama sebenarnya, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 5.
Lebih mesra disapa Mia, si comel ini mula meraih perhatian ramai sewaktu membintangi drama bersiri Adamaya yang menggandingkannya bersama Lisa Surihani dan Syed Hussein tahun lalu.
Selepas kejayaan drama bersiri itu, Mia terus menjadi rebutan para penerbit filem dan drama untuk membintangi karya mereka. Antara drama yang sudah dibintangi Mia adalah Epilog Syurga Cinta, Tiramisu, Zoo The Seriesdan terbaru, Begitukah Cinta.
Tahun ini juga peminat akan dapat menyaksikan keletahnya dalam dua buah filem yang bukan calang-calang iaitu Nur Kasih The Movie dan Sekali Lagi.
Biarpun baru berusia lima tahun, kepetahannya berbicara dan keyakinan dirinya yang cukup tinggi di hadapan kamera membuatkan ramai yang tertarik serta terkesima dengan keberkesanan lakonannya.
Barangkali ramai yang tidak tahu, pada usianya yang lima tahun itu, Mia masih belum boleh membaca dengan baik tetapi dia dikurniakan dengan akal fikiran yang sangat tajam sehinggakan dia mampu menghafal skrip dengan baik.
Semuanya hasil daripada bantuan sama ada daripada bapanya, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh, 36, pembantu peribadi mahupun pengurus produksi yang akan membacakan dialog kepada Mia untuk dihafalnya sebelum memulakan penggambaran.
"Memang susah sangat Mia nak baca skrip. Bila orang bacakan, Mia akan ulang balik apa yang mereka cakap dan Mia akan hafal. Susah tau sebenarnya nak berlakon ni. Berlakon sebab minat sangat. Tapi, bila besar Mia nak jadi doktor haiwan sebab Mia suka sangat dengan haiwan," luah Mia panjang lebar dan penuh jujur saat diajukan dengan beberapa pertanyaan ringkas.
Memandangkan Mia masih kecil dan merupakan seorang kanak-kanak aktif, perbualan pada petang itu lebih banyak dihabiskan bersama bapanya yang lebih mesra disapa dengan panggilan Ridz.
Sambil memandang ke arah Mia yang sibuk bermain dengan abangnya, Muhamad Danish Hilmi, 7, Ridz memberitahu, dia memang tidak mahu Mia menjadi pelakon.
Dengan penuh tegas dia menjelaskan dia langsung tidak menggalakkan anaknya menceburi bidang lakonan.
Sebaliknya, dia lebih selesa seandainya Mia hanya membintangi iklan komersial yang sebenarnya telah membuka jalan buat Mia sehingga dikenali seperti hari ini.
Dalam pertemuan itu juga, Ridz dengan penuh rendah diri memohon agar wajahnya dan anak-anaknya yang lain selain Mia tidak dirakamkan.
"Dunia seni ini sebenarnya penuh pancaroba dan cabarannya sangat hebat.
"Saya bimbang kalau tanpa pengawasan yang teliti, Mia akan hanyut dalam dunia seni yang bukanlah seindah yang disangka.
"Saya sendiri terpaksa bertegas dan berkeras dengan Mia apabila bercakap dengannya jika hendak dibandingkan dengan anak-anak saya yang lain.
"Selagi Mia diminati dan permintaan terhadapnya terus tinggi, saya akan membenarkan Mia menjadi seorang pelakon.
"Tetapi, bila sampai waktunya kelak, saya akan memikirkan masa depannya pula," ujar Ridz dalam nada yang serius.
Tidak jual anak
Sekadar menyingkap sejarah pembabitan Mia dalam dunia seni, si kecil yang dilahirkan pada 30 September 2005 itu mula membintangi iklan Bank Islam ketika usianya dua tahun.
Iklan-iklan lain yang pernah dibintangi Mia adalah Softlan, Astro B.yond, Sustagen, TM dan banyak lagi.
Biarpun Mia kini merupakan salah seorang bintang yang cukup bersinar dan menjadi kesayangan ramai, Ridz tidak mahu anaknya terus leka dengan arus glamor.
Sebagai bapa, sudah menjadi tanggungjawab Ridz untuk memastikan Mia tidak tersasar daripada landasan.
Malah, Ridz juga cukup sedar sudah menjadi resmi untuk setiap pelakon kanak-kanak yang pasti akan disayangi dan meraih perhatian ramai pihak.
Tetapi, apabila mereka mula meningkat dewasa, barangkali perasaan itu sudah jauh berbeza dan tidak semestinya mereka akan terus diminati seperti mana ketika mereka kecil.
Namun begitu, Ridz meluahkan kekesalan apabila ada yang beranggapan bapa sepertinya terlalu menggalakkan anak yang masih kecil untuk berlakon sehingga dilabelkan seperti mahu menjual anak.
"Allah telah mengurniakan saya dengan seorang anak dan memberikan rezeki menerusi Mia dengan bakat yang ada dalam dirinya itu. Mana ada bapa yang tidak sayang kepada anaknya sehingga mahu menjual anaknya dan mengerah semua tenaga semata-mata untuk mencari rezeki.
"Maaf, saya bukan seperti segelintir ibu bapa yang dilihat terlalu berlebihan sehingga mendesak anak mereka menjadi seorang artis. Dalam konteks ini, saya tidak pernah memaksa Mia tetapi ia adalah keputusannya sendiri yang mahu menjadi seorang pelakon.
"Dalam apa jua hal sekali pun, saya akan berbincang dan bertanya sendiri dengan Mia sama ada dia mahu berlakon dalam satu-satu projek atau tawaran yang diterima
"Kadang-kala saya kasihan melihatnya yang perlu berada di lokasi penggambaran sehingga lewat pagi sedangkan ketika itu adalah waktu tidur bagi kanak-kanak seusianya.
"Bukan soal wang yang menjadi keutamaan tetapi saya harus memikirkan tentang diri Mia terlebih dahulu berbanding perkara lain terutama bab kesihatan dan pemakanannya.
"Malah, saya tidak lokek untuk berbelanja lebih membeli makanan kesihatan dan vitamin agar Mia sentiasa berada dalam kesihatan yang baik," kata Ridz yang mempunyai perniagaan sendiri.
Setanding
Atas alasan itu jugalah, Ridz dengan penuh jujur dan terus-terang memberitahu, harga bayaran untuk Mia diletakkan setanding atau hampir menyamai seorang pelakon dewasa.
Membicarakan tentang hal itu, Ridz mempunyai justifikasinya sendiri apabila dia memberitahu walaupun Mia seorang kanak-kanak, tetapi, dia seharusnya diberi layanan sama rata dengan pelakon lain dalam sebuah drama mahupun filem.
Walau bagaimanapun, Ridz enggan mendedahkan jumlah bayaran yang telah ditetapkan untuk anaknya itu untuk disiarkan.
"Tetapi, apa yang boleh saya katakan, harga untuk filem, drama bersiri dan telemovie, semuanya berbeza. Bukan soal demand tetapi saya melakukannya dengan sebab tersendiri kerana mahu Mia dibayar setimpal dengan bakat serta tenaganya yang telah digunakan.
"Pernah satu ketika, sebuah syarikat produksi mahu membayar Mia daripada duit lebihan bajet yang telah diperuntukkan. Bukankah itu keterlaluan namanya? Tidak kira watak utama atau pembantu, bayaran haruslah dibayar sewajarnya.
"Ada juga produksi yang hanya menanam tebu di pinggir bibir apabila janji tidak dikotakan seperti mana yang dipersetujui sebelum ini. Apabila sampai di lokasi, semuanya menjadi lain. Jadi, daripada situ saya belajar dan perlu mempertahankan hak anak saya sebagai seorang pelakon.
"Dalam hal ini juga, saya terbuka kepada perbincangan dan tolak-ansur. Itu semua boleh dibawa berbincang. Setakat ini, saya tidak berdepan dengan sebarang masalah besar dari produksi yang pernah bekerjasama dengan saya," jelasnya penuh diplomasi.


credit to utusan online.... :)

0 pengkritik hebat: