♥ follower

Selasa, 1 November 2011

FILEM: Ombak rindu

Assalamualaikum semua...

Sangat teruja nak update blog kali nie coz tetibe mgu lepas duk tgk preview untuk filem Ombak Rindu iaitu adaptasi dari sebuah novel yg popular dulu2.. 
Sape penah bace novel nie..?? sape..? sape..??
haaa nie salah satu novel yg menjadi pujaan hati ku dulu2 time study.. sy rase ramai pembaca2 novel tahu ttg novel nie... kan..kan..
tp mintak2 jalan cerita and kualiti filem nie excellent la dr filem Lagenda Budak Setan dulu..
sangat mendukacitakan dan mmg tak pus hati.. :(

Jom kite imbas2 balik sinopsis novel kegemaran ramai nie bcoz sy pun da tak igt sangat jln cite novel nie..



Tajuk : Ombak Rindu
Pengarang : Fauziah Ashaari
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.


Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.



Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.



Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

da igt ker sikit2 ttg jalan cite novel nie..????
k jom kite cite pulak ttg sinopsis Filem Ombak Rindu nie....

Pelakon:  
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.




Izzah (lakonan Maya Karin) adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz(lakonan Aaron Aziz). Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (lakonan Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, iaitu model danpelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
...............................
Ramai peminat nampaknya lebih suka Lisa Surihani menjadi watak Izzah dan Maya Karin menjadi watak Mila gadis moden dan tinggal di bandar. Wajah Lisa nampak lebih ayu dan lembut sesuai untuk watak gadis kampung. Pengarah mungkin ada alasan sendiri kenapa memilih Maya Karin sebagai watak Izzah.
Filem Osman Ali iaitu Cun pun mengambil Maya Karin sbg watak utama, mungkin pengarah memang dah serasi dengan Maya..:)

Layan gambar cun2 dari maya karin yg mmg cun...




Tak sabar nak tengok..katenye 1 Disember 2011 nie ditayangkan...

9 pengkritik hebat:

Tanpa Nama berkata...

Erghhh, macam tak sesuai je lisa jadi mila.

Mila tu sesuai untuk Izara Aisya kot sebab watak Fiona jahat yang dalam cerita sofia tu menjadi. Plus, Izara tu cantik cutting model. =)

-dakpink-

~emma~ berkata...

a'ah betul la ain..
baguskan si izara tu bwk watak fiona, geram je tgk tp cute jer..lisa mmg tak sesuai watak jahat..lgpun lisa belakun tak la best sangat..

cikpuanreena berkata...

walau pon time tu bb da 8bln lebih..nak jgk ajak bebudak opis gi tgk citer nih...hehehe...jom emma join sekali...

Elin berkata...

aah..igt dulu tiap2 bulan beli magazine remaja, sbb nak bc ombak rindu bersiri dlm tu. Smpi menimbun majalh remaja kat kpg..haha.. Lepas tu baru la dpt bc novel die...tak bosan even baca byk kali...kan.

Puan Min Cantek (PMC) berkata...

mrupakan koleksi novel akak yg paling digemari...tak sabar2 nak pi tengok.....sbb jalan ceritanya kat novel mmg best giler...harap2 kat filem lg best...tak sabar2 ni....

.:. Maa .:. berkata...

best2... dulu bkn main glamer nover tu... bertukar2 tgn... smpai dh buruk....huhuhuhu...

~emma~ berkata...

reena: semangat reen nak p tgk..takpe br 8 bulan belum 9 bulan lg..sempat..huhu

~emma~ berkata...

elin: bestkan citenye..tp kak emma da tak igt sangat jln cite novel tu tp yg tau mmg best..

Tanpa Nama berkata...

orange online|