♥ follower

Selasa, 18 Jun 2013

BEKALAN SUSU KE TASKA UNTUK ESHAN

Assalamualaikum..

Tetibe terasa macam nak kongsi cara sy bekalkan susu untuk bb eshan ke taska..
seminggu pertama hantar eshan ke taska sy bekalkan 6 botol x 4oz setiap botol tetibe cikgu eshan request untuk tambah sebotol lagi so total 7 botol sampai la sekarang.. 


setiap botol sy label kan nombor 1 sampai 7 supaya senang cikgu nak bg just ikut turutan nombor je
kenapa kene label..? sebabnye...

susu nombor 1: susu freash yg sy pam pukul 6 pagi
kalau boleh sy nak eshan start dengan susu freash dulu pagi-pagi..

susu nombor 2, 3 dan 4: stok susu yang beku
malam sebelum tu sy keluarkan 3 pek stok susu beku ke bahagian bawah peti ais supaya susu senang cair dan mudah esok paginya sy transfer ke dalam botol
sy jugak nak pastikan stok susu beku sentiasa running sebab takut melebihi tarikh lupus maklumlah pakai peti ais 2 pintu je so susu beku dapat bertahan 3 bulan je kan...

susu nombor 5, 6 dan 7: stok susu yang di pam semalam (simpan dalam chiller, bahagian bawah peti ais)
sebab apa stok susu yang di pam semalam sy jadikan nombor 5,6 dan 7??
kadang-kadang bb eshan tak habiskan semua susu-susu yang dibekalkan, kadang-kadang berbaki 1 atau 2, so yang berbaki tu mestilah susu yang bernombor 6 dan 7 kan iaitu susu stok semalam yang di simpan di dalam chiller, so boleh la kite bekukan kalau tak abis atau simpan balik di dalam chiller..

kalau stok susu beku saya letak nombor 5,6 dan 7, bila tak abis dah tak boleh dibekukan lagi so kene abiskan dalam masa 24 jam.... kan rugiiiiiii 
bb eshan pulak bila balik rumah tak de maknenye nak susu guna botol kennn...
mummy dah ade sebelah so no botol-botol dahh....


bila da siap tangging nombor so boleh la susu dalam cooler beg mengikut turutan nombor

and last sekali letak ais pack 

so takde pembaziran lah kannn... sedih la bila susu kene buang ni..
1 botol 4oz, kalau kene buang 2 botol da 8oz buang...
huhuhu sedih...sedih..
nak dapat 8oz bukan senang tau...






2 pengkritik hebat:

cplud miera berkata...

assalam. akk,klu susu yg akk pam kt opis tu letak ice pack x? cara sy laen pulak. yela,bby sy kurg minum botol nih. hurrm

~emma~ berkata...

wsalam miera.. kalau pam kat ofis k.emma letak kat peti ais ofis nie je.. nak balik letak dlm cooler beg sementara smpai umah..

** afham manje dgn ummi ekk.. nak nenen je, botol2 tak mau.. hehe