♥ follower

Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan

Khamis, 18 September 2014

Eshan Harraz tengok movie...

Assalamualaikum...
Bile ada aktiviti tengok-tengok movie ni sure lah idea walid eshan.. mummy tak tengok movie pun takpe, takde kempunan kempunan pun.. kali ni memang sy ikutkan kehendak walid sebab dah 2 tahun puasa dr tengok movie sejak mengandung sampai eshan dah setahun lebih memang tak jejak panggung... dulu time mengandung walid ajak je tgk movie awal-awal dah tolak.... 

1st movie : HERCULES
gigih nak bawak anak tengok movie sekali.. punye la risau 1st time bawak eshan dalam panggung..
takut tak reti duk diam je.. kang movie tak abis lagi awal-awal dah keluar panggung..
tips yang kami guna kan:

cari movie yang tak lama, macam cerita hercules ni sejam je at least tak jemu la eshan dalam panggung, jangan mengada-ngada nak tengok cite yang romentik2, slow2 gitu memang boring la nanti si kecik tu...



Alhamdulillah success untuk 1st movie.. Good boy anak mummy...
memang tak bergerak langsung eshan dalam panggung, duk statik je dari mula sampai habis cite..
mummy ingat kan eshan tido rupenye memang tengok focus betul cite tu.. siap terkejut2 lagi.. sian die..hehe

2nd movie RIBBIT

success juge.. 





kesimpulannya: memang eshan ikut perangai walid bile tengok movie.. focus dari start cite sampai habis so bile dah ikut perangai walid, mummy kat sebelah rase terabai sangat sebab sorang2 duk menguap anak beranak syok je layan movie.... huwwaaa....






Selasa, 17 April 2012

Filem: BATTLESHIP terbaikkk...

Semalam en.suami beria2 ajak tgk movie BATTLESHIP, igt nak rest je kat umah smlm, mn taknye da la sabtu ahad lepas balik kg and sibuk dgn katering, pastu arini (selasa) nak buat bahulu pulak.. bile la masenye nak rehat..
 and i nie duk igt cite perang2 kapal ke hape, so disebabkan suami yg nak pg i sebagai isteri layankan aje.. Dalam kepala otak da set siap2 tidoq la i nanti bile cite separuh jalan...

En. suami suh beli tiket online pulak tu takut tiket abis, i da kate arinie bukannye hari minggu so walk in je, tak soldout punye la tiket... Tapiii ambikkk ngekooo penuh panggungggg... Nasib baik i dengar ckp suami.. :)
Memula start cite cam boring2 je siap ade scene bercumbu-cumbuan yg keterlaluan, pastu bisik kat suami " cam boring je cite nie, cium-cium la, cite nie yg abg nak tgk sangat tu ek.. ish is NAUZUBILLAH ", saje je perangat en.suami.. haha bg suami hangin...
Pastu da masuk suku cerita.. da ade scene terkejut2.. mata pun da bukak besaarrr smpai habis cite...
Best rupenye, tak rugi la kirenye pg tengok... tak ngantuk langsung, byk scene yg best2 and tertungu2 ape yg akan jd lepas tu.. Abis je cite en.suami tgk i " aikkkk igtkan tido td " ceehhh sempat perli isteri nmpk... aisshhhh





Rihanna pun ade belakon.. :)

Sinopsis Filem :
Bertempat di kepulauan Hawaiian, sebuah latihan laut bersama beberapa negara di dunia telah dilakukan untuk mendapatkan kerjasama serta mempereratkan hubungan di antara negara. Di antara yang turut serta adalah NAVY dari US, dan juga negara Jepun.
Lt. Alex Hopper (lakonan Taylor Kitsch) yang telah ditugaskan kepada kapal perang USS John Paul Jones adalah adik kepada Stone Hopper (lakonan Alexander Skarsgard), Stone Hopper adalah commanding officer kepada kapal USS Sampson. Alex Hopper telah jatuh hati kepada Samantha Shane (lakonan Brooklyn Decker) yang juga merupakan anak kepada Vice Admiral Shane (lakonan Liam Neeson).
Pada awal cerita, ada disebut bagaimana alien telah dihubungi dengan adanya alat perhubungan dan satelit yang dipancarkan dari sebuah pulau. NASA telah membuat kesimpulan bahawa adanya sebuah planet yang sama jarak seperti matahari dan bumi, yakni adanya hidupan di sana yang boleh kita kenali. Pancaran satelit itu telah dipancarkan setiap 17 jam dan menunggu maklum balas alien tersebut.
Hinggalah pada satu keadaan, 5 kapal angkasa alien telah mendarat laju ke arah tempat latihan budak-budak NAVY itu tadi. Sedar-sedar Alex Hopper dah ada dalam lingkungan kapal angkasa alien tu, dan perlu memimpin kapalnya untuk selamatkan dunia.

Apa yang best?
Dah semestinya kesan grafiknya sememang terbaik! Dari awal hinggalah ke akhir filem ini, korang akan dihujani dengan debaran dan penuh aksi dari kedua-dua pihak. Aksi ketenteraan laut yang ditunjukkan dan koordinasi yang baik dalam filem ini oleh sebuah kapal perang US. Boleh dikatakan keterujaan amatlah tinggi, tambah-tambah bila dipertengahan filem ini, kapal hero Alex Hopper perlu one-on-one dengan kapal canggih milik alien.
Jika korang bukan peminat filem tentera/navy pun, korang mesti minat filem yang ala-ala transformers kan? Yup, tak dinafikan bila filem ini sedang ditonton, terpikir banyak scene dan karaktor alien yang menyerupai filem Transformers yang terakhir tu. Cara kapal angkasa alien yang tersasar satu dan melanggar bangunan, lepas tu ada benda bulat yang berpusing macam destroyer dalam transformers. Sampai satu tahap, patutnya alien dah boleh menang terus dah korang rasa sebab diorang amatlah kuat dan canggih.

Barisan pelakon tidak menghampakan, dengan adanya watak hero yang kadang-kadang buat kerja gila dan tidak pandai memimpin di awal cerita. Seterusnya, ada beberapa watak yang menjadikan filem ini kelakar, seperti watak Ordy (lakonan Jesse Plemons) yang banyak bercakap dan tidak yakin pada diri sendiri. Selain itu, ditampilkan Rihanna sebagai Petty Officer (GM2) Cora Raikes, yang mana beliau adalah pengendali senjata dalam kapal USS John Paul Jones. Mantap tak awek pegang senjata?
Apabila kapal mereka telah dimusnahkan selepas menentang kapal alien ketiga, tiba masa untuk mereka bersama dengan para veteran dalam sebuah kapal lama. Banyak lawak ditampilkan pada babak ini, dan seronok juga menonton ahli veteran ini bersama-sama ingin berjuang dengan team hero kita ni. Cuma, part bawak kapal lama nih pengarah terlebih seronok menjadikan kapal tu macam di luar biasa kuatnya. Apabila sauh kapal ini diturunkan untuk membelok, tetiba teringat scene dalam Pirates of the Carribean. Haha.
Apa yang tak best?
Filem ni ada jugak kekurangannya, di sebalik watak yang tidak banyak di-develop oleh pengarah dan juga kadangkala dilihat seperti tidak banyak dialog yang bagus, satu kelemahan besar adalah pada alien tu sendiri. Yup, alien nih boleh dikatakan ber-teknologi tinggi bila korang tengok sahaja kapal mereka yang serba canggih siap boleh terbang-terbang lagi dan senjata plak memang sangat dasyat. Tapi, kapal-kapal alien nih macam lembab dan tak settle habis je semua kapal dalam lingkungan mereka masa tiba. Dah la, siap ada tanda hijau dan merah untuk mereka bunuh atau tidak, so problem jugak alien nih kurang cerdik jadinya.
Yang tak best lagi, awek tak berapa nak cun! Hahaha. =P
Kesimpulannya, filem ini sangatlah berbaloi untuk ditonton di panggung wayang. Korang layankan saja kesan khas grafiknya dan jalan cerita yang sangat menarik. Ada beberapa part yang perlu tutup mata, dan jangan tengok lama-lama ok. Kami berikan 4.5/5 bintang untuk filem ni. Terbaik dari ladang! Titanic mode perang!!

* kredit to kakiwayangdotcom.



Selasa, 1 November 2011

FILEM: Ombak rindu

Assalamualaikum semua...

Sangat teruja nak update blog kali nie coz tetibe mgu lepas duk tgk preview untuk filem Ombak Rindu iaitu adaptasi dari sebuah novel yg popular dulu2.. 
Sape penah bace novel nie..?? sape..? sape..??
haaa nie salah satu novel yg menjadi pujaan hati ku dulu2 time study.. sy rase ramai pembaca2 novel tahu ttg novel nie... kan..kan..
tp mintak2 jalan cerita and kualiti filem nie excellent la dr filem Lagenda Budak Setan dulu..
sangat mendukacitakan dan mmg tak pus hati.. :(

Jom kite imbas2 balik sinopsis novel kegemaran ramai nie bcoz sy pun da tak igt sangat jln cite novel nie..



Tajuk : Ombak Rindu
Pengarang : Fauziah Ashaari
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.


Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.



Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.



Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

da igt ker sikit2 ttg jalan cite novel nie..????
k jom kite cite pulak ttg sinopsis Filem Ombak Rindu nie....

Pelakon:  
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.




Izzah (lakonan Maya Karin) adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz(lakonan Aaron Aziz). Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (lakonan Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, iaitu model danpelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
...............................
Ramai peminat nampaknya lebih suka Lisa Surihani menjadi watak Izzah dan Maya Karin menjadi watak Mila gadis moden dan tinggal di bandar. Wajah Lisa nampak lebih ayu dan lembut sesuai untuk watak gadis kampung. Pengarah mungkin ada alasan sendiri kenapa memilih Maya Karin sebagai watak Izzah.
Filem Osman Ali iaitu Cun pun mengambil Maya Karin sbg watak utama, mungkin pengarah memang dah serasi dengan Maya..:)

Layan gambar cun2 dari maya karin yg mmg cun...




Tak sabar nak tengok..katenye 1 Disember 2011 nie ditayangkan...

Rabu, 18 Mei 2011

filem: NUR KASIH THE MOVIE



Assalamulaikum semua... (tetibe mood bagi salam dalam entry kali nie ekk....)

arinie da 19 hb Mei 2011 ye kawan2 semua...
so filem yg sy tunggu2 selama nie akan pecah panggung mulai arinie...
yaahhuuuuuuuu nak ajak my hidhir p tgk la...
tp jgn 'indah khabar dr rupe" da la ekk...
cam filem 'Lagenda Budan Setan' ritu... beria2 nak tgk last2 ku kecewa.. cerita lintang pukang, nak feeling2 smbil tgk movie tu pun tak ter'feel'..huhu
kalau tgk dr drama Nur Kasih mmg tak mengecewakan, dr pelakon2 nye mmg mantap abis..
credit to Tiz Zaqyah , Remy Ishak and abg aidil kite la si Fizz Fairuz...

Jom baca sinopsis:

Nur Kasih The Movie ini yang turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama penggambaran mengisarkan kehidupan 6 tahun kemudian 3 jiwa yang sentiasa diuji ini. Aidil yang sememangnya seorang lelaki yang tabah kini meneruskan hidupnya bersama dua anak kecilnya tanpa isteri tercinta disisi. Adam yang mula menjumpai jalan lurusnya, berusaha untuk mngekalkan laluannya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri. Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia diantara keduanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat. Masih adakah sinar bahagia untuk mereka bertiga akhirnya? Inilah perjalanan hidup mereka dalam usaha mereka mendapatkan pencarian sebenar erti kehidupan. Abadi selamanya.

....

...

...

..

..

..




...




...

..


opss opss jap-jap... 
yg buat sy paling tertarik and berkobar2 nak tgk movie nie bcoz adenye budak kecik Mia Sara Nasuha nie...






pic cilok from pakcik google



Isnin, 7 Mac 2011

FILEM: hikayat merong mahawangsa





mcm tertarik je nak tgk filem tebitan KRU studio sdn.bhd. nie.. dgrnye filem melayu termahal dgn kos melibatkan 6.82 juta... haaa ambikkk mahal kan..??? filem nie sure la cerita sejarah dan peperangan.. tgk preview cam menarik jer..ala2 cite perang omputih.... 

jom bace sinopsis filem nie skit...


bermula sekitar tahun 120 apabila Empayar Rom dibawah pemerintahan Hadrian manakala Dinasti Han di negara China sedang memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

 Hikayat Merong Mahawangsa dibintangi oleh Stephen Rahman-Hughes, Jing Lu, Gavin Stenhouse, Craig Robert, Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Keith Chong, W. Hanafi Su, Dato’ Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida, Kuswadinata, Mano Maniam dan Ravi Sunderlingam.

yang paling menarik untuk filem nie sudah semesti ost filem nie..huhu
bole buat gua cairr woooo...



abg nuar nyanyi skit..huhu

harap2 filem nie dapat sambutan.. coz org malaysia nie kureng sikit kalau cerita2 yg serius cam nie... saya lah salah sorg nye..huhu


Sabtu, 22 Januari 2011

filem: sinopsis khurafat


posterkhurafat Sinopsis Filem Khurafat

tak sabo rasenye nak tgk cite seram nie.. dgr feed back kate nye filem terseram kat malaysia.. tgk melodi aritu terjerit2 dorg tgk tayangan pertama cite tu.. lelaki pun duk menjerat..isshh isshhh bayangkan betapa seram nye cite tu... sy ok je tgk cite2 seram nie coz my hubby ade kat sebelah.. bole la duk menyorok nyorok belakang bahu die nanti...huhu

ari nie check ticket kat gsc da full, nak tgk kat tgv jusco seremban cam tak best pulak coz jusco seremban sangat la tak best kalau nak jalan2... try tgk kat mines pulak la..hope ade la seat untuk ktorg berdua...

jom kite bace skit sinopsis cite nie:

“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

khurafat Sinopsis Filem Khurafat

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

suspen kan...???? jom kite p tgk...


credit to: blog ini


Isnin, 20 Disember 2010

jom tengok hantu kak limah


weii kome-kome sekalian..moh le kite reramei penuh kan wayang tgh cite kak limah nie weiii....
syok gile.. sy berkesempatan tgk muve nie sbtu lepas.. bace kat dlm blog2 komen ttg filem nie semua nye +ve takde langsung yg -ve so hati nie da berkobar2 nak tgk.. en. suami nk tgk muvee lain pun sy ttp berkeras nak jugak2 tgk cite nie...
mmg kelakar abis smpai terbahak2 la semua org duk gelak dlm panggung tu... siap loghat perak and lokasi di kuala kangsar (kampung i nie...) orang perak mmg rocckkkk laa....huhuhu.. bangga sekejap...
antara dialog nye " ce cite..ce cite..."

awie mmg lawak abis + johan penambah rasa = sesuai....

hantu kak limah "enjit-enjit semut, sape sakit naik atas"
mmg menjadi walaupun takde dialog... 5 bintang untuk delimawati..hahah (cayaalaaa)






Khamis, 16 Disember 2010

hantu kak limah balik rumah

˙˙ıʞıʞ ˙˙˙ʞʞǝ ǝıu ıןɐʞ ʎs ʎɹʇuǝ ǝɔɐq ɐןɐdǝʞ ƃuıuǝd-ƃuıuǝd ɥɐƃuǝʇ ƃuɐɹoʞ ıʇsǝɯ

(˙˙ʞɐןnd ʇɐɥɐɾ ǝsɐɹǝʇ) ɐɥɐɥ ˙˙˙ƃuıuǝd ƃuɐɹoʞ ɹɐıq˙˙und ɥɐsǝʞ ʞɐʇ ǝdʞɐʇ

˙˙ǝıu ɥɐʍɐq ʇɐʞ ǝʌnɯ ʞƃʇ d ǝʇıʞ ɯoɾ ɯoɾ

˙˙ıƃɐן ǝǝɹɟ ɐsɐɯ ǝpʞɐʇ dʇ ʞƃʇ d ʞɐu ˙˙ɹǝɾ ʇsǝq ɯɐɔ ǝʇıɔ ƃɹop ɹƃp





Isnin, 7 Jun 2010

LBS muvee

balik dr traning boling jumaat lepas kul 9 mlm smpai umh, en.suami berkali call igtkan suh cepat siap mandi2 semua coz pas balik die balik keje terus gerak..rupe2nye en.suami da beli tiket muvee LBS..waahhhh romentik gitu buat kejutan tau..mmg cerita yg ditunggu2 nie..

sampai alamanda kul 10.15, ramai gile org duk tgu nak masuk coz muvee start kul 10.30..
sangat teruja nak tgk muvee nie, 10.25 masuk panggung duk diam2 smbil tgk iklan yg tah pape tu kul 10.50 muvee start..yeehuuuu betul kan kedudukan dan laaayaaannnnn muvee...

hasilnye: sngt menduka citakan..huhu.tak seperti yg diharapkan. sy rasa korang semua tak perlu membazirkan duit untuk cerita yang Indah Khabar dari Rupa. Bukan mahu mengutuk tetapi terlalu banyak kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku.

Kenapa watak setannya terlalu sedikit? Kenakalan Kasyah seolah tidak digarap langsung dan yang ditonjolkan mungkin cuma sebagai selingan saja? Rasanya ini bukan budak setan tapi budak baru belajar menjadi setan kot? heh!

lagi satu yang tak berapa nak logik, pelakon yg melakonkan watak ayu selepas pembedahan sape ekk shikin kamal, addooiii la sangat tidak kene. ayu hanye menjalankan pembedahan dimuka je bukan seluruh badan, so untuk menggntikan watak lisa cari la pelakon yg kulit putih2 gebu jugak nie tak ganti dgn pelakon yg berkulit hitam manis..sangat tak logik kan...
Lakonan que haidar & fazura sememangnya mantap kerana que berjaya membuatkan sy tergamam seketika dengan babak memukul ayu. Kehadiran fazura sebenarnya menghidupkan kembali nadi cerita ini kerana sejam yang berlalu sangatlah membosankan. 2 thumb up for them!!
tp ade babak2 sedih yg membuat 2kali sy menitiskan air mata..huhu

pape pun thanks to en.suami kerana bersusah payah buat suprise booking ticket for me :)