♥ follower

Isnin, 31 Disember 2012

Cerita kehamilan 39 minggu

Assalamualaikum..

Hari nie genap baby 39 minggu dalam perut mami..
Tiap-tiap malam i tunggu-tunggu bila la baby nak keluar kan.. sampai blood pressure pun naik sebab tak cukup tido... 

Tanda-tanda pun takde lagi..
Minggu ke 38 sekali tu perut i punye la memulas, punye la bedebar sebab bace dalam blog ade yang kate antara tanda-tanda nak bersalin sakit perut macam nak terberak tu... Pg la toilet dua tiga kali, tengok-tengok dua tiga kali la jugak membuang dengan tenang.. sakit perut nak membuang rupenye...

Check up 38 minggu aritu, nurse dah bising-bising sebab berat i naik 1.5kg seminggu extra naik 1kg so total berat sekarang 65.5kg, 15kg naik dari berat sebelum pregnant.. OMG !!!!

bile dah dekat-dekat ni rajin je menggoogle blog pengalaman dan tanda-tanda blogger-blogger lain bersalin.. 

Tanda-tanda hampir bersalin: 

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

- sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.(dah rase time 37 minggu lagi, nak jalan punye la sakit, bila da duduk nak bangun Ya Allah seksa betul)

- kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing (mmg selalu, kadang-kadang sikit je pun air kencing yang keluar)

- sakit perut, memulas (penah rase sekali haritu)

- kerap buang air besar (seminggu 3 kali, i mmg jenis yang susah nak membuang)

- kerap terkentut (of cos la..angin banyak.. haha)

- Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital. (belum lg nie..discharge keputihan tu ada la..huhu)

- Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring. (selalu sangat dah rasa sakit belakang..huhu)

- Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital. (belum lagi..hehe)


* mohon Allah permudahkan segala urusan, sampai kadang-kadang terfikir "Aku dah lalui macam-macam kesukaran, kesedihan dan kepahitan, aku bermohon kepada MU Ya Allah moga urusan ku kali ini dipermudahkan". 




5 pengkritik hebat:

Mayiskandar berkata...

Sure emma tgh berdebar2 je skrg ni..neveskan...apepon moga selamat semuanye..pasni slmt tinggal pd tido mlm yg nyenyak...hihi

Mayiskandar berkata...

Sure emma tgh berdebar2 je skrg ni..neveskan...apepon moga selamat semuanye..pasni slmt tinggal pd tido mlm yg nyenyak...hihi

Anna R. berkata...

Semoga selamat semuanya ya ! Amin :)

ain.ya.nun. berkata...

All the best!
Semoga semuanya dipermudahkan dan akan baik-baik saja.
Baby dah keluar cepat2 update gambar.

;)

achikmija berkata...

Salam,
Ema mucuk...mesti ngah menghitung hari ek...semoga semuanya akan selamat ek...byk2 baca ayat utk permudahkn segala urusan bersalin nt yer..take care..nt dh slmt bgtau yer..